cinta itu kekuatan
cinta itu sentiasa menguatkan, tidak pernah melemahkan. mungkin pada sesetgh org, cinta itu melemahkan, kerana tergantung pada cinta itu, segala impian, segala harapan, segala yang dicita. mungkin juga, kerana fokus cinta itu lebih terarah kepada impian, maka selalu kita terlupa, impian yang dianyam itu, mula lahir asalnya dari cinta. maka, kekuatan itu juga sudah harus terhasil dari cinta, dan tidak sekali-kali impian itu, mengatasi kekuatan cinta.. kalau seorang ibu itu lebih mencintai impian-impian yang dikehendaki untuk anaknya lebih dari cinta aslinya seorang ibu, maka akan tiba satu saat, ibu pasti menzalimi si anak dgn cara yang tidak disedarinya, lantaran desakan impian-impiannya itu.
cinta itu memudahkan
cinta itu memudahkan, namun tidak bermaksud ia adalah satu jalan yang mudah. hari ini, org bercinta hendakkan jalan yang mudah. cinta yang berpaksikan materialistik. himpunan keinginan yang besar-besar, keinginan yang memudahkan laluan-laluan cinta. tidak ramai yang sanggup memudahkan cinta dengan mengambil jalan yang sukar. tetapi lebih ramai yang sanggup mengambil mudah akan cinta.
cinta itu pengorbanan
cinta menuntut pengorbanan dari keselesaan individu. tidak ada yang dipanggil cinta jika paksi keselesaan itu hanya berpusat sebelah kutub. keselesaan berpusat sebelah kutub, samada kutub utara atau kutub selatan, mengundang kedinginan. sejuk yang menyakitkan. sedingin artik dan antartik. namun, cinta yang beriring pengorbanan, kekal hangat.. sehangat keberadaan diufuk khatulistiwa..
cinta itu mendamaikan
cinta yang asli, membawa bahagia, menenangkan hati, melapangkan dada, menyuntik semangat, menguatkan kaki agar tegar berdepan dengan apa pun yang datang. melahirkan kegembiraan disaat duka, menghapus gelisah disaat lara. mewujudkan impian-impian baru, memusnahkan halangan yang mendatang. cinta itu mendamaikan saat mata enggan terpejam, saat hati terasa kosong, saat kesusahan datang bertandang.. cinta tidak bermaksud yang indah-indah saja, tapi yang mengindahkan segala sesuatu itu adalah kerana wujudnya cinta.
cinta itu amanah
sentiasa berpaksikan tanggungjawab dan ihsan kepada insan. cinta harus melukakan, kerana kelukaan adalah harga sebuah cinta. memberi cinta seperti memikul amanah. menerima cinta seperti menyerah amanah. jika semua orang tahu besarnya amanah sebuah cinta itu, mungkin saja, dunia ini akan aman dari manusia-manusia yang luka.
cinta itu hidup dan mati
cinta yang asli sentiasa hidup didalam hati. mungkin tidak bercambah, namun sifatnya sentiasa hidup. ada juga cinta yang hidup dan terus bercambah. cinta yang seaslinya cinta. cinta juga mungkin mati, namun matinya cinta, tetap menghidupkan kenangan-kenangan cinta.
cinta itu menyempurnakan
cinta tidak pernah sempurna, tetapi sentiasa menyempurnakan. melengkapkan kekurangan, mengurangkan kecacatan, melebihkan kelebihan. sifatnya cinta adalah sentiasa mencari kesempurnaan namun tidak bersifat menolak kelemahan. dengan cinta, kelemahan tidak ditutup, tetapi disempurnakan dengan kekuatan sifat kasih sayang dan difahami dengan hati yang ikhlas.