Pengikut

13 Februari 2005

kias perempuan #1

kias #1

seorang perempuan batu..
beranjak dari satu dimensi yang sudah lalu..
merintih terus meneriak pada yang tuli lagi bisu..
"JIWA INI TANDU!!,
kerna tak ada yang memandu!!!"
satu ketika dulu lena beradu,
lalu dijerkah dengan bisikan bertalu..

matanya berpasir..
sangat pedih,
orang-orang membina dendam setiap hari..
hanyut pada arus frontal,
dari kanan, kiri, atas, belakang..
serangan serampang bertiga-tiga mata..
tidak lagi dihiraukan..
kerana tidak lagi kakinya mahu menjejak bumi,
langkahnya tidak sepaksi ambisinya..
gerinya tidak lagi setingkah bibirnya..
sekali jari lima kiri berpijak..
ADUH!! nyeri duri mencucuk..!

sujudku pun tak akan memuaskan inginku..
doaku pun tak akan memuaskan mahuku..
aku ingin melamar sang Redha..
tapi maharku tidak cukup..

Comments :

0 ulasan to “kias perempuan #1”

 

Copyright © 2009 by Kias Fansuri